Selain daripada vokal mantap mengungguli gelaran Vokal Terbaik, Dayang Nurfaizah turut menarik perhatian ramai yang rata-rata sibuk memperkatakan busana putih yang disarungkan penyanyi tersebut ketika menyampaikan lagu Di Pintu Syurga tersebut.
Ilham daripada pereka kesayangan Dayang Nurfaizah sendiri iaitu Rizalman Ibrahim yang ditempah penyanyi tersebut telah mengundang pelbagai reaksi sehinggalah ada yang membuat parodi kerana teruja dengan rekaan mewah haute couture tersebut.
Apa yang menarik, video parodi ini turut menarik perhatian pereka busana Dayang pada malam tersebut iaitu Rizalman Ibrahim yang turut repost video ini di Instagram miliknya bersama catatan:
“Saya, Dayang, Tam Spider dan Rudy Imran merasa sungguh berbangga menjadi sumber inspirasi kepada rakyat Malaysia #glovedengankepaktepitu”.
Macam-macam idea la orang kita ni kan! Haha.
VIDEO :-
0 Response to "BAJU DAYANG DI AJL 29 JADI BAHAN VIDEO PARODI"
Post a Comment