Salam para sahabat. Sila ambil perhatian tentang adanya satu kumpulan perompak pengguna lebuhraya PLUS sedang berleluasa di kawasan sekitar KM 102, di antara Tmn Ria Jaya, pasar Singgah Selalu sebelah Timur dan Tmn Ria Indah sebelah Barat.
Modus operandi mereka ialah meletakkan batu2 dari sungai sebesar buah kelapa dan berwarna gelap pada waktu tengah malam. Bila kita langgar batu tersebut dan terpaksa berhenti kumpulan perompak ini akan menyerang hendap dan merompak.
Saya terlanggar batu tersebut pada pukul 1.10 pagi 14 Mei lepas, dari arah tol tmn Sejati ke tol SP(U). Alhamdulillah kereta saya boleh terus dipandu, dgn keadaan minyak selinder habis bocor sebab bhg bawah enjin pecah, sampai enjin mati selepas tol SPU.
Berikut gambar kereta saya dan mangsa lain..
Malam tadi seorang kawan,Cikgu Izady tel saya menceritakan beliau mengalami kemalangan yg serupa pada pukul 5 pagi 1 km sebelum sampai tol Bertam dari arah utara.
Jadi rupa2nya penjenayah / pengkhianat anak haram jadah ini, seorang atau berkumpulan, sudah memasang perangkap di lokasi2 pilihan. Maknanya operasi puak2 tak berhati perut ini boleh dibuat di mana2 sahaja lokasi yg strategik di lebuhraya.
Mungkin mereka akan pilih lokasi yg hampir dgn tol sebelum sampai tol supaya senang mereka melarikan diri keluar dari lebuhraya selepas dapat hasil. Anak haram sungguh depa ni. Saya harap pihak PLUS dpt mengesan barua2 ini dari rakaman kamera di palang2 tol akan kereta2 syak yang lewat selepas waktu kejadian.
Selepas cikgu Izady tel tu baru saya teringat, dlm kejadian yg menimpa saya pada awal pagi 14 Mei itu, sebaik shj saya terlanggar batu tersebut, dlm saya panik mengawal kereta dari terbabas, saya ternampak seorang lelaki berdiri di belakang sebuah kereta di tepi lebuhraya sebelah kiri. Skg baru saya terfikir apa kejadahnya anak haram jadah tu dok tunggu di tepi highway pada waktu2 larut mlm awal pagi mcm tu?
Dalam kes saya, Alhamdulillah.. Allah membolehkan kereta saya itu, walau pun minyak enjin dah habis terkeluar melalui pecahan enjin yg besar di bhg bawah, masih hidup enjinnya, walau pun saya terasa enjinnya semakin nak mati, dan saya masih boleh terus memandunya sehingga sempat melewati palang tol lorong SmartTag Sg. Petani Utara tepat pada jam 01.11:35 (dari rakam kamera PLUS), dan sempat saya membelok ketepi jalan dimana selepas itu baru enjin mati. Habislah hancur bahagian2 dlm enjin yg bergerak kerana enjin terus hidup sejauh 3 km dlm keadaan tidak ada minyak enjin.
Saya difahamkan oleh sahabat yg berkerja dgn PLUS, pada malam yg sama terdapat 8 lagi kes serupa yg dilaporkan kpd PLUS.
Saya harap para sahabat berhati-hati ketika menggunakan lebuhraya pada waktu dinihari yg sebegitu. Pada ketika seperti itu, jln lengang, speed trap pun kita rasa mungkin tak ada, apa lagi, kira nak laju sajalah kita.
Tak terlintas langsung ada anak-anak haram jadah sedang menunggu memasang perangkap dgn meletakkan ketulan2 batu sungai yg besar yg gelap warna pada laluan sebelah kanan, iaitu laluan laju. Menurut sahabat saya yg kerja kat PLUS tu gambar2 batu tersebut ada pada PLUS.
Mungkin anak2 haram jadah tu tunggu nak rompak atau tunggu nak panggil tow truck.
Diharapkan para sahabat berhati2. Juga diharapkan pihak PLUS dan Polis dpt memberkas penjenayah / pengkhianat anak haram jadah yg seorang atau bergerak secara berkumpulan itu dgn segera.
Harap2 korang dapat share kepada kawan-kawan yang lain............
Sumber : nadiaspirasi.com
0 Response to "AWAS !!! Pengguna Lebuhraya Sila Berhati-hati Dengan Taktik Baru Perompak !!"
Post a Comment