
Ampang: Seorang penuntut
kolej swasta maut manakala tiga pemandu kereta parah selepas kenderaan mereka
dirempuh sebuah lori tanah di persimpangan Jalan Ampang-Hulu Langat menghala
Jalan Taman Putra di sini, hari ini.
Kejadian jam 11 pagi itu
berlaku selepas lori tanah berkenaan dikatakan hilang kawalan ketika menuruni
laluan curam dari Jalan Hulu Langat.
Jurucakap polis trafik
berkata, lori itu kemudiannya merempuh penuntut berusia 20-an itu yang
menunggang motosikal sebelum merempuh tiga lagi kereta yang berhenti di
persimpangan berkenaan.
Menurutnya, mangsa maut di
lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala kerana terperosok di bawah
lori manakala tiga pemandu kereta yang cedera parah dikejarkan ke Hospital
Ampang untuk rawatan.
Katanya, pemeriksaan awal
mendapati brek lori berkenaan tidak berfungsi menyebabkan pemandu gagal
memberhentikan kenderaan di persimpangan lampu isyarat.
sumber: Hmetro
0 Response to "Penuntut Kolej Maut, 3 Parah Dirempuh Lori"
Post a Comment