Perkembangan
terkini adik firdaus yang semakin sihat dan ceria hadir ketika perbicaraan
ibunya Lolanopita di mahkamah.
Ibu
kepada remaja kurang upaya Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang berdepan dua
pertuduhan mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 menukar pengakuan kepada bersalah di
Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Tertuduh,
Lolanopita Sadi, 40, menukar pengakuan sejurus jurubahasa membacakan pertuduhan
di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.
Lolanapita
yang memakai baju kurung warna ungu, sebelum ini mengaku tidak bersalah ketika
dihadapkan di mahkamah sama pada 27 Jun lalu.
Mengikut
pertuduhan pertama, dia didakwa sengaja mengabaikan anaknya itu dengan cara yang
mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi di sebuah bilik
di rumah mereka di Blok 15-1-9 Flat Semarak, Nilai, dekat sini, antara Januari
hingga jam 2.30 pagi 21 Jun lalu.
Sekiranya
disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 itu,
tertuduh boleh didenda maksimum RM20,000 atau dipenjarakan sehingga 10 tahun
atau kedua-duanya.
Bagi
pertuduhan kedua, Lolanopita berdepan hukuman denda sehingga RM5,000 atau
penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali yang mana jika disabitkan
kesalahan mengikut Seksyen 33 (c) akta sama kerana dengan sengaja membiarkan
anaknya tinggal tanpa pengawasan berpatutan dalam keadaan tidak berpatutan di
tempat sama jam 2.30 pagi 21 Jun lalu.
Pendakwaaan
dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dan Mohd Farid
Mohd Mokhtar manakala tertuduh diwakili peguam Hanif Hassan.
Mahkamah
kemudian menetapkan 17 November depan untuk hujahan mitigasi oleh pihak
pembelaan dan hukuman.
Sumber
: Metro
0 Response to "Lolanopita Akhirnya Mengaku Bersalah Abai Anak OKU"
Post a Comment