Kapar:
"Saya mahu ambil duit emak, tetapi dia pergi ke tandas," itu alasan 'cap ayam'
yang diberikan pencuri apabila tindakannya mencuri wang jemaah menunaikan solat
Subuh, dikesan seorang jemaah wanita yang baru saja tiba dalam kejadian di
Masjid Asy Syarif, Meru, pada 28 Oktober.
Dalam
kejadian jam 6 pagi itu, lelaki lingkungan 20-an yang ke tempat solat wanita
berpura-pura menunaikan solat selain turut memakai telekung bagi mengaburi mata
jemaah.
Rakaman
video berdurasi lebih satu minit dirakam kamera litar tertutup (CCTV) masjid itu
menjadi 'viral' di laman sosial, memaparkan seorang lelaki yang memakai telekung
berlegar-legar di dalam ruang solat wanita sebelum melarikan diri dengan hanya
memakai kain batik.
Saksi
yang mahu dikenali Su Mohamad, 49, berkata, ketika kejadian, dia baru sampai dan
mendapati jemaah lain sedang solat.
Menurutnya,
sebaik melangkah masuk ke ruang solat wanita, dia melihat jemaah 'wanita' berada
dalam keadaan mencurigakan.
Dia
berkata, 'jemaah' terbabit dilihat asyik menyelongkar beg tangan milik jemaah
lain yang diletakkan di bahagian tengah ruang solat itu kerana beranggapan
perbuatannya tidak disedari.
"Saya
yang curiga dengan tingkah laku itu, menghampiri dan memegang bahu 'wanita' itu
yang asyik menyelongkar beg dari arah belakang.
Apa
nak jadi lah sampai dalam masjid pun nak mencuri.
0 Response to "Alasan Pencuri Pakai Telekung Di Masjid"
Post a Comment