Hot !

Wanita menyamar polis untuk menyamun ditahan


BUKIT MERTAJAM: Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita yang menyamar sebagai polis untuk menyamun warga asing dalam Ops Cantas di George Town.



info, terkini, berita, jenayah, jenayah samun, Wanita menyamar polis untuk menyamun ditahan



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata lelaki dan wanita terbabit ditahan pada 8 Mei manakala dua lagi lelaki ditahan pada 12 Mei.

 



"Kami percaya dengan penahanan keempat-empat individu berumur 20 hingga 30 tahun itu, polis berjaya menyelesaikan 15 kes samun warga asing di sekitar daerah Barat Daya dan Timur Laut sejak awal tahun ini," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut menahan seorang peniaga yang disyaki membeli barangan hasil samun seperti telefon bimbit dan jam tangan yang dijual kumpulan terbabit.

Susulan penahanan itu, polis merampas sembilan telefon bimbit yang disamun dan peralatan seperti pisau serta walkie talkie yang digunakan kumpulan itu, katanya sambil memberitahu bahawa seorang daripada suspek mempunyai 15 rekod jenayah lampau manakala seorang lagi positif dadah.




sumber

0 Response to "Wanita menyamar polis untuk menyamun ditahan"

Post a Comment