RAUB : Hajat seorang pesilat olahraga untuk mewakili Pahang ke Kejohanan Silat Kebangsaan yang bakal berlangsung di Putrajaya tidak kesampaian apabila dia ditemui lemas ketika mandi di Air Terjun Lata Jarum, dekat sini, petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, mangsa, Muhammad Fikri Fadzli, 18, dari Kampung Marhum, Pekan, lemas ketika mandi bersama 13 rakannya termasuk dua jurulatih dan seorang pengurus sebaik selesai menghadiri pemilihan pesilat untuk mewakili Pahang untuk ke kejohanan terbabit.
Beliau berkata,pada kejadian jam 2.38 petang itu, Muhammad Fikri dikatakan mandi bersendirian di kawasan air cetek dan berbatu 15 meter dari rakannya, sebelum tiba-tiba hilang dipercayai terjatuh ke dalam sungai.
“Mangsa bersama rakan dan jurulatihnyamenghadiri pemilihan bagi mewakili Pahang ke Kejohanan Silat Kebangsaan selama tiga hari bermula Jumaat lalu di Kompleks Rakan Muda Dong, di sini.
“Namun, sebaik selesai pemilihan terbabit, mereka singgah ke pusat rekreasi terbabit untuk mandi sebelum mangsa dilaporkan hilang dipercayai lemas setengah jam kemudian,” katanya, semalam.
Beliau berkata, rakan mangsa yang menyedari kejadian itu cuba mencarinya di kawasan berhampiran, namun tidak menjumpainya sebelum melaporkan kepada polis untuk tindakan susulan.
“Kita melaksanakan operasi mencari dan menyelamat dengan dibantu anggota bomba serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sebaik menerima laporan kehilangan mangsa.
“Kami menghentikan operasi pada jam 6 petang kelmarin berikutan cuaca gelap dan disambung keesokan harinya(semalam).

Pada jam 10.30 pagi (semalam), mayat mangsa ditemui pada kedalaman lima meter berhampiran tempat kejadian,” katanya.-HM
0 Response to "Pesilat lemas di air cetek"
Post a Comment