Hot !

Lelaki cedera kereta dihempap besi keluli


Subang: Seorang lelaki cedera apabila kereta yang dipandunya dihempap besi keluli yang dibawa sebuah lori treler di Jalan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang kira-kira jam 6 petang tadi.



info, terkini, berita, Lelaki cedera kereta dihempap besi keluli



Menurut jurucakap trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, punca sebenar kemalangan masih lagi disiasat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.



Katanya, ekoran kejadian itu berlaku kesesakan lalu lintas sepanjang satu kilometer dari kedua-dua arah jalan berkenaan selama dua jam.

Difahamkan semasa kejadian lori treler terbabit dalam perjalanan membabwa besi keluli ke kawasan tapak pembinaan sebelum terbabit kemalangan dengan kereta jenis Perodua MyVi.


Sementara itu, jurucakap tersebut berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan boleh tampil di mana-mana balai berhampiran bagi membantu siasatan.




Sumber : hmetro.com.my

0 Response to "Lelaki cedera kereta dihempap besi keluli"

Post a Comment