Hot !

Enggan keluar walau dipujuk


PORT DICKSON: Seorang warga emas yang terperangkap dalam keretanya selepas terjunam dalam longkang enggan keluar walaupun dipujuk anggota bomba di Pekan Lukut, di sini, malam kelmarin.








info, berita, kemalangan, warga emas terperangkap dalam kereta, Enggan keluar walau dipujuk, terkini
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang trauma



Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, kenderaan dipandu mangsa, Lu Ah Chee, 71, dari persimpangan lampu isyarat dikatakan terbabas ke kiri jalan sebelum terjunam ke dalam longkang sedalam empat meter.



Dentuman mengejutkan pengguna jalan raya dan pelanggan di gerai berhampiran.

Menurut saksi kejadian, Ayub Osman, 35, ketika kejadian, dia sedang minum di gerai berkenaan sebelum terdengar bunyi dentuman di simpang jalan pekan Lukut.

“Saya dan beberapa pelanggan berlari ke arah lokasi kejadian yang hanya 50 meter dari gerai berkenaan.

Kami berusaha membantu mengeluarkan mangsa yang terperangkap, namun tidak berjaya kerana bimbang kejadian lebih buruk,” katanya.

“Seorang daripada pengguna jalan raya kemudian menghubungi polis dan bomba bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap,” katanya.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson Abd Rahim Atan berkata, pihaknya menerima panggilan jam 8.16 malam.

“Seramai tujuh anggota tiba di lokasi jam 8.25 malam dan melihat sebuah kereta jenis Proton Iswara terjunam ke dalam longkang sedalam empat meter dengan kedalaman air satu meter.

“Usaha mengeluarkan terganggu seketika, apabila mangsa enggan keluar dan hanya memegang erat telefon bimbitnya.






Kami terpaksa menggunakan tali untuk menarik mangsa keluar melalui bahagian bonet belakang kereta dan mangsa hanya luka kecil dan trauma,” katanya.-HM

0 Response to "Enggan keluar walau dipujuk"

Post a Comment