ISU kontroversi
melibatkan selebriti berpenampilan seksi dan berani berbikini bukanlah perkara
baru dalam industri seni.
Peliknya,
meskipun dikecam dan dikritik senarai tersebut masih terus bertambah dan
terbaharu, melibatkan pelakon berwajah Pan-Asia, Julia Ziegler.
Menerusi
laman Instagramnya, Julia atau nama sebenarnya Julia Bob Fauzi Ziegler ada
memuat naik beberapa keping gambar dirinya yang hanya mengenakan bikini ketika
sedang bercuti di Pulau Redang, Terengganu baru- baru ini.
Hal
itu, sedikit sebanyak mengundang kritikan segelintir pengguna laman sosial yang
sememangnya gemar mencari kesalahan artis.
Bercakap
kepada mStar Online, Julia berkata, dia tidak kisah dengan persepsi dan
kritikan orang ramai atas tindakannya berkongsi gambar dirinya berbikini
itu.
“Saya
tidak kisahlah apa orang nak cakap, yang penting saya gembira dengan apa yang
saya lakukan, sampai bila kita nak fikir apa orang cakap tentang
kita.
“Saya
hanya ingin kongsi apa yang menarik di pulau ini dan aktiviti yang saya lakukan
bersama kawan-kawan. Ini masa untuk bergembira selepas penat bekerja dan
berhadapan dengan tekanan di Kuala Lumpur,” ujarnya.
Sementara
itu, Julia turut menyifatkan berbikini bukan sesuatu yang pelik ketika berada di
pulau kerana ramai wanita lain turut mengenakan pakaian ‘two pieces’ itu namun
tidak mendapat perhatian kerana bukan artis.
SUMBER: mStar
Online
0 Response to "Julia Ziegler Tak Kisah Dikritik Kongsi Gambar Berbikini"
Post a Comment