Hot !

Lelaki Parah Tong Gas Meletup






Kesan letupan tong gas yang menyebabkan Liang parah. FOTO ihsan bomba

Batu Pahat : Seorang lelaki melecur 50 peratus selepas tong gas di dapur rumahnya di Taman Putera Indah, di sini, meletup.

Dalam kejadian 1.40 petang itu, mangsa, Ng Kong Liang,30, ditemui parah akibat melecur di bahagian badannya.

Ketua Bomba Balai dan Penyelamat Jalan Timah Sari Mohd Fauzi Md Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.48 petang sebelum tiga jentera bomba ke lokasi kejadian.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati mangsa terbaring dalam keadaan melecur selain bahagian dapur rumah itu terbakar.

"Mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk menerima rawatan lanjut dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian,"katanya.




- metro.com.my

0 Response to "Lelaki Parah Tong Gas Meletup"

Post a Comment