
Patung
beruang selalunya diminati oleh kanak kanak kecil dan harga jarang mencecah Rm1k
ke atas. Tambahan pula, MEMILIKI patung beruang atau teddy bear merupakan impian
bagi yang menyukai boneka berbulu tebal ini.
Tetapi
siapa sangka harga satu patung beruang yang dikeluarkan oleh salah sebuah
syarikat pembuat patung ini mampu menyamai harga sebuah kereta mewah?
Dibuat
dari syarikat Steiff di Jerman, patung beruang yang berharga mencecah sehingga
RM 298,124.24 itu merupakan jenis patung beruang pertama yang dikeluarkan oleh
syarikat tersebut.
Syarikat
Steiff yang didakwa sebagai kilang pengeluar patung beruang pertama itu
mengeluarkan patung tersebut bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-125.
Menurut
sumber dari portal luar negara, patung beruang tersebut diperbuat daripada
benang emas, manakala mulut patung itu diperbuat daripada emas tulen.
Manakala
matanya pula dihias dengan permata.
Menurut
syarikat tersebut, patung tersebut dikeluarkan dalam kuantiti yang sedikit
berikutan harganya yang terlalu mahal dan tidak ramai mampu membelinya.
0 Response to "Harga Teddy Bear Sama Mahal Dengan Kereta Mewah?"
Post a Comment