Hot !

3 SYARAT MAHKAMAH UNTUK AWIE LAWAT ANAK



Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan memutuskan bahawa hak penjagaan sementara yang dituntut oleh >Rozana berpihak kepadanya.



Kalau nak tahu, hak berkenaan diserahkan kepada Rozana sehingga perintah kekal hak jagaan anak dikeluarkan kelak.



Tapi kalau korang nak tahu, ada beberapa syarat yang telah dikenakan keatas Awie untuk lawat anak-anak tau!, Jom baca lagi..!


AWIE BOLEH MELAWAT ANAK-ANAK SELAMA 2 JAM SAHAJA.



Menurut laporan Berita Harian, Rozana memberitahu Awie hanya dibenarkan melawat kediaman anak mereka selama dua jam sebanyak dua kali iaitu hari Sabtu dan Ahad minggu pertama serta ketiga.


AWIE DILARANG SAMA SEKALI UNTUK MENGGANGU ANAK SAMAADA DIKEDIAMAN ATAU DISEKOLAH.



Awie beserta ahli keluarga, mahupun wakilnya dilarang sama sekali daripada mengambil dan mengacau anak mereka di kediaman mahupun di sekolah.


AWIE TIDAK BOLEH MENGAIBKAN ROZANA LAGI.



Selain itu, mahkamah turut memutuskan supaya >Awie atau mana-mana pihaknya untuk tidak mengaibkan Rozana dengan apa jua cara.



Sama ada di media elektronik, laman sosial ataupun media cetak sepanjang prosiding kes berjalan.



Hmm, semakin hari semakin complicated la pulak kes perceraian Awie dan Rozana ni. Tapi, nak buat macam mana kan? Kita tunggu dan lihat sajalah siapa ditempat yang benar nanti

Sumber

0 Response to "3 SYARAT MAHKAMAH UNTUK AWIE LAWAT ANAK"

Post a Comment