
Kuala
Terengganu: Demi kasih sayang ibu, seorang wanita sanggup mengorbankan nyawanya
dengan menolak anak lelakinya ke tepi jalan dan membiarkan dirinya dirempuh
sebuah motosikal di Jalan Pasir Panjang di sini, pagi ini.
Dalam
tragedi menyayat hati itu, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Panjang Muhammad
Izzudin Najmi Ibrahim, 12, yang bangkit dari jatuh hanya mampu melihat jasad
ibunya Dayang Che Abdul Kadir, 54, terbaring kaku di atas jalan tar.
Ketika
kejadian kira-kira 7.15 pagi itu, mangsa yang berasal dari Kampung Pasir Panjang
sedang melintas jalan untuk menghantar Muhammad Izzudin ke SK Pasir Panjang
selepas singgah minum di sebuah warung berhampiran.

Bagaimanapun,
ketika melintas jalan tiba-tiba mangsa melihat sebuah motosikal ditunggang laju
ke arah mereka.

Difahamkan,
mangsa yang menyedari kedatangan motosikal itu menolak anaknya ke bahu jalan
sebelum dirinya sendiri dirempuh.
Akibat
rempuhan itu, mangsa terjatuh dan kepalanya terhentak di atas jalan dan
dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian sementara penunggang motosikal,
seorang pelajar tingkatan empat hanya cedera ringan.
Ketua
Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar yang dihubungi
mengesahkan kemalangan itu.
Menurut
beliau, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987
kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu dan
membahayakan.
0 Response to "Kasih Ibu Sampai Ke Mati"
Post a Comment