PORTO ALEGRE: Belanda sudah hampir pasti layak ke pusingan kedua Piala Dunia selepas bangkit menewaskan Australia 3-2 dalam saingan Kumpulan B di Stadium Beira-Rio, di sini, sebentar tadi.
Barisan didik Louis van Gaal akan muncul pasukan pertama layak ke pusingan kalah mati andai Sepanyol gagal menewaskan Chile dalam satu lagi perlawanan kumpulan sama.
Gol Belanda dijaringkan oleh Arjen Robben pada minit ke-20, Robin van Persie (m58) dan Memphis Depay (m-68) manakala gol Australia disumbang oleh Tim Cahill (m-21) dan Mile Jedinak menerusi sepakan penalti pada minit ke-54.
0 Response to "Piala Dunia: Belanda benam Australia"
Post a Comment