Hot !

Romie, Kekasih Hanez Suraya Mahu Cerai Isteri Cara Baik Di Luar Mahkamah

Kekasih pelakon Hanez Suraya, Romie Razin Adilha Abd. Jais akan bercerai secara baik dengan isterinya, Nurliyana Manan jika proses kes tuntutan cerai secara fasakh pasangan itu ditukarkan dengan permohonan baharu.


Peguam syarie yang mewakili Nurliyana, Kamar Ainiah Kamaruzaman berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan peguam syarie Romie, Rubiah Jaafar sebelum kes tersebut didengar petang Isnin (semalam).


 


Romie, Kekasih Hanez Suraya Mahu Cerai Isteri Cara Baik Di Luar Mahkamah



Menurut beliau, pihaknya bersetuju dengan cadangan Rubiah supaya kes tersebut diselesaikan secara rundingan dengan kemungkinan besar Romie akan memasukkan permohonan kes baharu di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 iaitu bercerai dengan isterinya itu secara baik.


Hakim Syarie, Zainal Abidin Kusmin menetapkan 16 Jun depan bagi mahkamah mengetahui keputusan perbincangan tersebut sama ada Romie akan memfailkan kes baharu iaitu bercerai secara baik atau perbicaraan kes tuntutan fasakh yang difailkan Nurliyana diteruskan.


Nurliyana, 29, selaku plaintif memfailkan permohonan cerai secara fasakh terhadap Romie pada 1 Oktober tahun lalu mengikut Seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.


Nurliyana yang hadir kelihatan tenang sepanjang prosiding semalam manakala Romie, 34, tidak hadir disebabkan masalah kesihatan.


Sepanjang perkahwinan mereka, pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki.


Sumber : Rotikaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 Response to "Romie, Kekasih Hanez Suraya Mahu Cerai Isteri Cara Baik Di Luar Mahkamah"

Post a Comment