Hot !

Akhirnya Romie Memilih Hanez Suraya Dan Mahu Cerai Cara Baik







Kekasih pelakon Hanez Suraya, Romie Razin Adilha Abd. Romie akan bercerai 

secara baik dengan isterinya, Nurliyana Manan jika proses kes tuntutan cerai 

secara fasakh pasangan itu ditukarkan dengan permohonan baharu.



Peguam syarie yang mewakili Nurliyana, Kamar Ainiah Kamaruzaman berkata, 

pihak-nya telah mengadakan perbincangan dengan peguam syarie Romie, Rubiah 

Jaafar sebelum kes tersebut didengar petang Isnin (semalam).



Menurut beliau, pihaknya bersetuju dengan cadangan Rubiah supaya kes

tersebut diselesaikan secara rundingan dengan kemungkinan besar Romie

akan memasukkan permohonan kes baharu di bawah Seksyen 47 

Enakmen Undang-Undang keluarga Islam Selangor 2003 iaitu bercerai 

dengan isterinya itu secara baik.



Hakim Syarie, Zainal Abidin Kusmin menetapkan 16 Jun depan bagi 

mahkamah mengetahui keputusan perbincangan tersebut sama ada Romie

akan memfailkan kes baharu iaitu bercerai secara baik atau perbicaraan 

kes tuntutan fasakh yang difailkan Nurliyana diteruskan



Nurliyana, 29, selaku plaintif memfailkan permohonan cerai secara fasakh

terhadap Romie pada 1 Oktober tahun lalu mengikut Seksyen 53 

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.



Nurliyana yang hadir kelihatan tenang sepanjang prosiding semalam 

manakala Romie, 34, tidak hadir disebabkan masalah kesihatan.Sepanjang 

perkahwinan mereka, pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki.(rtky/fr)

0 Response to "Akhirnya Romie Memilih Hanez Suraya Dan Mahu Cerai Cara Baik"

Post a Comment